Pages

Saturday, 15 December 2012

salam,cewahhhhhhhhh,comel tak gambar budak comel ni yang merupakan seorang murid pra sekolah sri cahaya di sekolah tempat aku bekerja ,comel kan ,kini hidup ku bakal melayan kerenah kanak-kanak.kanak-kanak yang tak pandai berbohong berbanding orang dewasa betul ka ?entah la eina pun tak pasti ,ok berbalik kepada gambar di atas adik comel ni nama dia nur suriwani umur 5 tahun (2012) dia seorang yang rajin walaupun orangnya manja,berani dan tegas apabila menyuarakan sesuatu .sudah pandai membaca pada suku kata yang pendek .walaupun eina dengan budak comel ni baru kenal tapi eina rasa macam dah lama kenal.kanak-kanak nak kata susah jaga diaorang tak juga nak kata senang tak juga yang penting kena sabar dan marah bukanlah cara menasihatinya dengan cara yang baik .amboi.......cakap macam  orang dah berpengalaman padahal baru 3 hari masuk ke "alam kanak-kanak".semoga segalanya berjalan lancar,amin..........2013 akan muncul ...........

Monday, 12 November 2012

salam






hai semua apa khabar saya tahu saya budak baru belajar nak masuk dunia blog harap siapa-siapa yang baca blog ni bagilah teguran andai ada silap dan salah,hari ni saya nak bagitahu semua yang saya dah mula bekerja ,kerja apa?kat mana?mesti semua tertanya -tanya kan saya hanya seorang penjawat awam yang berkerja di sekolah di daerah pendang ,nanti kalau ada masa eina ceritakan hari ni eina nak bagitahu yang eina sebenarnya belajar ambil bidang seni alih-alih kena kerja berlainan bidang ,mula-mula  rasa tak bersemangat je,rasa macam nak lari tapi apa beh buat kita hanya merancang tapi  tuhan yang menentukan ,walaupun pada mulanya hati menolak namun eina cuba reda dengan apa yang berlaku ,harap sangat eina mampu laluai semua ini.,,,,,bekerja di luar bidang yang dipelajari apa perasaan semua ,kalau ada pengalaman boleh kongsi dengan eina ,moga-moga boleh eina jadikan panduan.........













ya allah aku tahu aku hanya manusia biasa yang tak pernah berasa puas dengan nikmatmu ,namun harap janganlah kau jauhkan aku dari rasa bersyukur  diatas nikmat kurniaanmu,amin

Friday, 2 November 2012

salam,lama dah tak post apa-apa kat sini almaklumlah sibuk nak mulakan kehidupan baru sebagai seorang kakitangan kerajaan ,ni pun rasa letih lagi balik dai kursus dekat hotel vistana penang walaupun cuma deengar taklimat tp badan tetap rasa letih ,walaupun letih ada yang seronoknya dapat jumpa kawan ramai .dapat berkenalan dengan kawan baru dan tambah lagi kawan iena .......hehehehehehe,dan my frist friends yang aku jumpa ialah.........me dan farah atikah

Thursday, 30 August 2012

my friend tagged assalamualaikum,mood tengah baik,ok .pasal tajuk kat atas sebab ada salah seorang my friend kat tagged tegur yang eina ni penceramah motivasi ka?ewahhh......,perasan sekejap ,,,,,hehehhehe,so eina balas la email dia yang eina bukan penceramah motivasi tapi cuma gadis desa biasa yang mula mengenal cabaran dunia,dan nak dijadikan cerita my friend tu sama umur tapi dia panggil eina sebagai kakak iman (sebab nama eina ada jugak nama iman).......alamak rasa tua sekejap......tapi memamg banyak orang pun panggil eina kakak @ kak .walaupun kena panggil kakak dalam usia muda tapi eina suka jugak kadang-kadang sebab buat meraka rasa hormat dekat eina...hehehe.lagi satu pernah eina dengan sepupu lelaki pergi kenduri tunang kakak kepada kawan eina lepas balik kenduri orang tanya eina dengan my sepupu tu pasangan suami isteri ka?.......ohhhhhh tidakkkkkkkk,mungkin sebab muka sepupu eina dengan eina nampak matang kot walaupun kami sama umur(2o tahun baru muda g)......hehehehe ,nampaknya dah membebel banyak jadi ceritanya my friend baru-baru ni hantar ayat ni dekat eina........cuma nak kongsikan dekat semua sudilah baca eeeeeehhhhh.....tq my friend.... 1. Maksud iman ialah mempercayai di dalam hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan atau anggota. Iman ialah mempercayai Rukun Iman dengan tidak mengesyak dan ragu-ragu, kepercayaan yang tetap yakin tidak bergoncang dan berdolak dalik,tidak ada kesamaran dan keraguan dalam hati dan perasaan. Iman juga dikaitkan dengan akidah iaitu satu ikatan tali yang kuat dan kukuh. Ketika Jibril A.S. bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W tentang iman maka Rasulullah S.A.W menerangkannya yang bermaksud: " Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatnya,Kitab-kitabnya,Rasul-rasulnya,serta Hari Akhirat;dan engkau beriman kepada takdir ( yang ditentukan oleh Allah )- Baiknya dan buruknya..." ( Riwayat Muslim ) 2. Iman hanyalah tertakluk kepada enam perkara sahaja yang terkandung dalam rukun iman. 3. Dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith mengenai iman seperti berikut: i. Surah al-Baqarah : 285 ii. Hadith seperti di atas. 4. Iman itu penting untuk membentuk modal insan cemerlang di dunia dan akhirat 5. Iman dapat membentuk insan cemerlang dengan menghayati segala suruhan Allah dan menjauhi laranganNya yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. 6. Jika Iman berkurangan dalam diri atau tiada iman langsung maka akan wujud kecenderungan untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan tanpa rasa takut dan menyesal (my friends antar kat tagged.....tq)
ni pulak gambar eina dengan my friends dekat sekolah dulu,,,,,ce teka yang mana satu (eina)pemilik blog ni ........hehehhehehe

Tuesday, 28 August 2012

keja kahwin assalamualaikum, hahahaha,kahwin bukan aku yang kahwin tapi my friend yang kawin ,my friend kawin muda umur dia 20 tahun .......mudakan tapi bukan nak cerita pasal kawin muda tapi pasal gambar-gambar kahwin dia yang sweet,cute dan cantik sangat ,geram tengok ,nak dijadikan cerita hari tu tengah waktu rehat keja tiba-tiba mesej masuk rupa-rupanya my friend mesej sebab nak minta gambar masa akad nikah dia hari,jadi eina balas datanglah ambik (maksud eina kena datang ambik dekat tempat keja )tapi disebabkan masing-masing sibuk keja jadi tertangguh berminggu-minggu ,akhirnya........ yeyyeyeye,,,,,,,,,,dapat tengok gambar masa wedding dia sebab masa pergi wedding hari pengantin dah nak bertolak ke rumah penggantin lelaki sebab my friend yang lain sibuk merias muka ,almaklumlah nak pergi kenduri kena la molek sikit,so beberapa hari selepas my friend datang dekat tempat keja eina jadi dapatlah tengok gambar yang sweet masa majlis kahwin my friend,so sekarang tengah edit nak buat video mula-mula buat bukan main lagi sampai pukul 2-3 pagi tapi tiba-tiba my mouse rosak jadi sekarang slow sikit sebab mouse dekat komputer rosakkkkk.......ni salah satu gambar kahwin my friend maaf x blh ltk semua yang lain tak sesuai untuk tontonan umum..hehhehe
harap-harap dapat siapkan jugak video tu tahun ni.......amin

Wednesday, 1 August 2012

salam ramadan kepada semua .....dan selamat berpuasa tak sabar nak buat kuih raya tapi hari ini bukan nak cakap pasal kuih raya tapi mengenai ........ "sesuatu yang mahal mungkin tidak baik buat kita ,tetapi sesuatu yang kurang mahal adalah terbaik buat kita",jadi apa pilihan anda mungkin korang tertanya-tanya apa yang mahal dan yang kurang mahal eina sebutkan tadi ,kisah ni berlaku pada diri aku sendiri,,,,,,,,,,, aku pengguna setia produk kecantikkan safi balqis lebih kurang sepuluh tahun telah menukar ke produk kecantikkan lain fikirku produk terbaru tersebut hanya menggunakan pelembab dan pencuci walaupun harganya agak mahal tapi aku cuba ,lagipun banyak komen positif yang aku dengar pasal produk tersebut sebab tu aku mencuba,maklumlah aku bukannya seorang suka bermekap dan berfesyen cuma perkataan ringkas yang selalu aku jadikan alasan untuk cepat,jadi baru seminggu aku guna nampak hasil yang baik ada yang puji tapi selepas seminggu aku gunakan produk tersebut muka dan bibir aku menunjukkan perubahan muka menjadi ruam merah,bintik-bintik dan gatal,yang teruk lagi bibir aku menjadi kering dan sakit sehingga keluar darah ,seminggu juga la aku makan nasi kering dengan lauk kering sebab teramat sakit bibir dan rasa gatal di muka aku.selain itu aku juga perasan yang muka aku sering mengelupas yang seakan-akan bakal menipiskan kulit mukaku sampai satu tahap aku tak mampu bertahan lagi setelah berfikir sehabis fikir akan masalah barulah aku tahu yang selama ini aku merasakan produk tersebut tidak sesuai dengan aku maka aku terus berhenti tetapi sakit yang ku alami membuatkan aku membuat keputusan untuk ke klinik ambil ubat yang menelan berlanja rm 35 ringgit ,,,,,,selepas tu aku sedar aku tak boleh pakai sebarangan produk walaupun produk tersebut mahal selalunya orang kata produk mahal tu adalah yang terbaik .produk itu memang tak sesuai dengan aku
sebab muka dan bibir aku jenis kulit yang sensitif. kini semuanya kembali seperti sedia kala.....alhamdulilah... p/s;nasihatku kepada semua berhati-hatilah menggunakan sesuatu produk kecantikkan terutama yang kulit sensitif seperti eina.....ok....bye ...selamat menjalani ibadah puasa.

Friday, 13 July 2012

assalamualaikum ............ hari ni nak update pasal kuih raya nak tahu kuih yang wajib eina buat tiap-tiap tahun pada bulan ramadan ni ha kuih nya
kuih semperit ...........

Monday, 2 July 2012

Hadiah bernilai bab 1 satu pertemuan yang tak dirancang ,niat seorang kawan untuk mencarikan amiera pasangan hidup sebagai teman dikala sunyi.Amiera hanya ketawa kecil takkala sedar yang sahabtnya hanya bergurau ,namun di hatinya tetap gelisah kerana jika benar itu tejadi bersediakah amiera untuk memasuki kealam dunia cinta monyet. Hari itu amiera dan sahabtnya pergi ke satu program sukarelawan yang dianjurkan dikalagan belia untuk menjalankan aktiviti sukantara di padang sekolah yang menyertai acara tersebut dikalangan pelajar sekolah rendah,amiera ikhlas menyertainya ,sampai ke destinasi yang dituju suasana berubah kami dibahagikan kepada beberapa bahagian dalam setiap pasukan terdiri dua lelaki dan dua perempuan ......kami ditugaskan mementau aktiviti pelajar-pelajar sekolah dalam setiap acara sukantara.Amiera ditugaskan menjadi pencatat markah,walaupun pencatat markah amiera tetap menolong kawan2 yang lain apabila tugasnya selesai.Acara terhenti pada waktu rehat dan bersambung semula selepas menunaikan solat zohor .waktu rehat yang panjang menjadi sesi perkenalan kerana ketika tiba pada awalnya amiera dan kawan-kawannya datang lewat. Sesi perkenalan itu baru amiera tahu yang salah seorang dari kumpulan kami bersekolah di tempat yang sama tapi telah tamat sekolah dan sedang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi manakala amiera ketika itu masih belajar ditingkatan lima. Sahabat yang dikenalkan dengan amiera adalah kaum adam yang bernama mohamad akmal,akmal seorang yang pendiam namun seorang yang tegas dalam membuat keputusan. Pada mulanya akmal meragui kehadiran amiera yang belajar disekolah yang sama denganya dulu. Akmal:maaf la amiera betulkah awak bersekolah di sekolah yang sama dengan saya? Amiera:Jawapannya ya,saya bersekolah di sekolah yang sama? Akmal:tapi saya tak pernah nampak awawk pun ,mugkin awak ni seorang yang jarang keluar kelas,tapi takkan tak pernah keluar langsung maksud saya waktu rehat atau lain-lain waktu. Amiera:saya adalah keluar mungkin tak pernah jumpa atau kalau jumpa pun masing-masing tak perasan. Akmal:owhhh,mungkin... ni yang saya pelik ni sebab yang kawan-kawan awak yang lain saya pernah nampak dan jumpa tapi awak tak,,,,, Amiera:sekolahkan ramai pelajar mungkin tak perasan antara satu sama lain. Amiera meninggalkan seribu persoalan didalam fikiran akmal,amira menunaikan kewajipannya sebagai hamba allah menunaikan solat zohor bersama kawannya yang lain .selesai menunaikan solat amiera dan kawannya berehat seketika di sah belakang surau . Tiba-tiba datang salah seorang perempuan pelajar di sekolah tersebut yang turut menyertai program hari itu yang memanggil amiera katanya ada seseoorang ingin berjumpa dengannya untuk memulangkan barang......... *nak tahu barang apa dan siapa nantikan sambungannya..........

Wednesday, 27 June 2012

salam,mmmmm nak cerita apa ye ,eina tahu eina x pandai nak menulis mcm blogger yg lain ,eina akan update blog ina tentang kisah yang menyedarkan eina yang apa yang buat eina sedar yang setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza dan perpisahan itu membuat eina sedar tentang segala-galanya........ ok sekarang bulan syabaan x lama lagi ramadan kan ,semua orang dah buat persedian ke?tapi eina x buat apa persdiaan pun eina cuma berniat untuk tambahkan pahala....... ramadan yang dinanti bakal menjelma jadi cubalah kita memperbanyakkan amalan di bulan ramadan nanti........alhamdullilah "buatlah sesuatu kerja atau suruhan dengan penuh keikhlasan kerana apabila sifat ikhlas tersemat kita akan berasa tenang melakukannya tanpa mengharapkan balasan ......."

Sunday, 24 June 2012

test........arhhhhh apa dah jadi ni,tu yg malas nak buat blog pening ............

Saturday, 23 June 2012

singgah sekejap

salam ,baru2 nak update blog lama sgt dah x menjengah di sini ,moga kalian be happy .....post ni untuk sahabat ku disini....... have a good day.....