Pages

Tuesday, 15 October 2013

kisah kita

salam


kita kenal melalui aturan orang lain.Masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain .Perjumpaan pertama awak datang lewat dari waktu yang dijanjikan .Walaupun gelisah untuk berjumpa dengan awak tetapi perasaan marah menguasai kerana awak datang lambat tapi disebabkan ini pertemuan pertama saya maafkan awak.Sempat berbual hanya sekejap sahaja kerana waktu tak mengizinkan .
Hari demi hari berlalu ,saya semakin kenal siapa awak sebenarnya .seorang yang kedekut & berjimat -cermat untuk hal yang tertentu .
Perkataan 'sahabat' awak ungkapkan walaupun adakalanya awak tunjukkan perasaan cemburu awak .Masing-masing keluarga tahu yang kita berada di alam perkenalan .Perkara pertama yang awak berikan syarat kepada saya bahawa awak tak nak persahabatan kita diketahui umum untuk perkara tertentu atau semua hal termasuk keluarga kita tak perlu ambil tahu.
Selang beberapa bulan awak cuba atukan pertemuan kedua tapi saya terlebih dahulu menolak dengan berbagai alasan kerana saya tak nak keluar tanpa izin mak dan abah saya.
Kadang-kadang saya keliru siapa saya sebenarnya dihati awak adakah sahabat atau sebaliknya .....
kadangkala juga hati saya tertanya-tanya bodohkah aku ?kalau aku bertanya kepadanya persoalan hati ....dan adakah persoalan itu akan terjawab tapi bila andai aku membiarkan waktu menjawabnya ....
atau aku patut mengakhiri semua ini ........agar aku tidak tertanya-tanya lagi untuk meneruskan hari-hari yang mendatang .
mungkin berdiam diri sahaja tanpa jawapan darinya 
dan terus menungggu insan bergelar adam hadir dengan ikatan yang halal seperti yang ku hajatkan (bercinta selepas nikah)kerana itulah yang terbaik .
Sedangkan awak seorang yang tak mampu untuk membuat keputusan sendiri ....sehingga membiarkan ibubapa membuat keputusan walaupun awak mampu buat keputusan sendiri .
Jika di tempat kerja(berjauhan dari keluarga) awak boleh berhubung dengan saya tetapi apabila awak berada di kampung perhubungan kita seolah-olah terhenti di situ .Adakah awak dikuasai oleh keluarga awak atau awak sebenarnya layak digelar anak mak .Adakah keluarga awak tak suka kita berkawan jika benar saya terima kerana saya tahu saya hanyalah sahabat awak sahaja ?betul tak awak?
Wajarkah aku lalui semua ini tanpa jawapan yng pasti .Hati sering keliru dengan perasaan sendiri kerana sikap awak yang kadangkala mengambil berat hal saya melebihi seorang sahabat .Adakalanya awak berdiam diri tanpa sebarang berita ......dan saya juga terima andai awak berdiam diri kerana saya tak nak digelar bunga mencari kumbang ,biarlah kumbang yang mencari bunganya .Adakah saya harus berdiam diri atau pergi dari hidup awak .........

Akalku mengajar aku menganggap antara kau dan aku adalah sahabat .Kita adalah ditakdirkan untuk menjadi sahabat walaupun saya belum mendapat jawapan dari awak ,tetapi andai sebaliknya yang allah dah tentukan saya reda .
"hati ini untuk dicintai ,disayangi,serta dihargai bukan untuk diuiji,dipersendakan atau dipermain-mainkan.

sekian 

*harap maaf andai coretan ini terkasar bahasa ,atau mengggores mana-mana pihak ,saya sekadar mencoretkan bahan bacaan utuk tatapan sahaja .


No comments:

Post a Comment